Wednesday, April 14, 2010

PeriBaHaSa??

Hari ni aku ada tengok rancangan aduan rakyat di TV3.. Apa yang menarik adalah macam biasalah peribahasa Karam Sigh.. Hari ni peribahasa dia aku agak berminat nak post kat sini.. ' ibarat lebah madu di depan sengat/bisa di belakang'. Huhu memang patut kena ngan sikap manusia sekarang yang manis di hadapan dan haprak di belakang, cakap pandai buat tak tahu.. huhu.. Ini bukan sahaja ditujukan pada individu saja, tapi juga kepada kerajaan dan susana politik di Malaysia sekarang..

Kat tempat kerja aku pun ada jugak yang cakap je pandai, macam senang je.. Kasi dia buat terhegeh-hegeh.. Berbalik pada peribahasa Karam, ramai juga org yg mcm tu.. Di depan memang manis berkata, tapi sebenarnya mereka ni sangat berbisa.. Inilah dikatakan 'tikam belakang'.. Hati-hati dengan orang jenis nie.. Kalau nk kawan berpada-pada jangan sampai semua rahsia korang bagitau kat dia,..

Apa-apa pun berhati-hatilah bila membuat sesuatu, nilai dengan akal yang diberi oleh Allah..

No comments:

Post a Comment