Thursday, April 15, 2010

IkHLaS KaH KiTa??

Dalam mengharungi kehidupan seharian melakukan ibadah dan apa jua yang dilakukan, tidakkah anda terfikir bahawasanya kerja/ibadah yang dilakukan adalah ikhlas?? Tidakkah anda merasa sia-sia jika ibadah yang dilakukan tidak ikhlas dengan bersebab tertentu.. 

Ikhlas adalah perkara paling penting dalam hati kita, kerana hanya orang yang betul2 ikhlas sahaja diterima oleh Allah akan pekerjaan dan ibadat sehariannya. Tahukah anda dalam 100 kali kita membaca kalimah Maha Suci Allah, berapakah yang diterima pahalanya oleh Allah s.w.t?? Mungkin hanya 10, 1, atau tiada langsung.. Ini bergantung kepada ke ikhlasan hati kita membaca kalimah tersebut hanya kerana Allah. Orang yang menyebut kalimah Allah hanya sekali dengan penuh ke ikhlasan hati adalah lebih baik daripada orang yang menyebut kalimah Allah 1000kali tanpa ke ikhlasan kepada Allah di hatinya.

Ya, lihatlah betapa besarnya kepentingan ikhlas dalam hati dan kehidupan seharian kita.Sehinggakan jika anda melakukan kebaikan hanya untuk masuk syurga(makhluk Allah) atau hanya takutkan neraka(juga makhluk Allah) dan bukan kerana Allah maka tidak ikhlas lah perbuatan itu.. Mari kita baca dan hayati maksud ikhlas supaya ianya menjadi pedoman kepada kita InsyaAllah..

PENGERTIAN:-
Ikhlas adalah salah satu daripada amalan hati. Maksud ikhlas ialah melakukan sesuatu semata-mata mencari keredhaan Allah, tanpa dicampuri dengan tujuan lain seperti keinginan hawa nafsu, keuntungan, pangkat, harta, kemasyhuran, kedudukan, meminta pujian atau lari dari kejian, mengikut hawa nafsu tersembunyi atau lain-lain yang bukan kerana Pencipta. Orang yang iklas melakukan kerja-kerja semata-mata untuk taqarrub (mendekatkan diri kepada Allah Subhanahuwata’ala).

"IKHLAS ITU IBARAT SEEKOR SEMUT HITAM YANG BERJALAN DIATAS BATU HITAM DIDALAM MLM YANG GELAP GELITA"...

"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus"
(Al-Bayyinah:5)

“Ingatlah hanya kepunyaan Allah din (cara hidup) yang bersih daripada syirik”
(Az-Zumar:3)

“Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Rabnya maka hendaklah ia mengerjakan amal salih dan janganlah ia menyengutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya”
(Al-Kahfi:110)

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan An-Nasa-i, menjelaskan (yang bermaksud):

“Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan ikhlas kepadaNya, dan ditujukan hanya untukNya”


Dalam hadis riwayat Ahmad dijelaskan tentang kepentingan niat dan ikhlas serta implikasinya dalam realiti kehidupan (yang bermaksud):

“Barangsiapa menikahi wanita dengan mas kahwinnya, sedangkan ia tidak berniat memberinya, maka ia berzina. Dan sesiapa berhutang, sedangkan ia tidak berniat untuk membayarnya, maka ia adalah pencuri”

Al-Bukhari dan Muslim pula meriwayatkan:

“Hanyasanya amalan-amalan itu dengan niat, dan hanyasanya setiap urusan dengan apa yang diniatkannya”
Muslim yang ikhlas dalam kerjanya akan terhindar daripada sombong, riyak dan mengharapkan penghargaan makhluk. Ali bin Abi Talib ra pernah berkata (yang bermaksud):

“Orang riyak itu memiliki empat tanda:
1. Malas ketika bersendirian
2. Bersemangat ketika berada di tengah manusia ramai
3. Bertambah amalannya jika dipuji, dan
4. Berkurangan amalan jika tidak mendapat pujian”

 Islam memang agama yang suci kerana mengajar umatnya ikhlas dalam melakukan kerja/ibadah seharian, dan setiap yang bergelar muslim itu dituntut supaya melakukan kerjanya dengan ikhlas kerana Allah s.w.t..
 http://haluansiswa.haluan.org.my/index.php/email-pilihan/166-mengikhlaskan-niat-kepada-allah

No comments:

Post a Comment