Saturday, April 10, 2010

PeRmAiNaN YanG BaiK

Huhu.. Kedah kalah malam nie.. huhu.. xpe bagi aku, pasukan Kedah dah main sebaik mungkin dan berhempas pulas, tapi apakan  daya adat permainan mesti ada yang kalah dan ada yang menang.. Keputusan mulanya seri 1-1, di ikuti penalti 4-4, and last suddent death penalti kita kalah tipis 4-5.. Walaupun hanya naib johan, Kedah dapat anugerah 2 permain terbaik iaitu penjaga gol terbaik, ngan pemain terbaik.. Apa-apa pun Tahniah kepada Negeri Sembilan menjadi juara Piala FA 2010 kali nie..

Dan yang penting sekali permainan berlangsung dengan aman dan tiada perkara yang tidak di ingini berlaku, seperti yang telah dilakukan oleh penyokong-penyokong Kelantan tahun lepas.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

ORanG YanG BodoH PerCayaKan KaU

Dalam aku saja-saja seacrh lam facebook tiba2 aku ada jumpa kartun ni. Lawak jugak, Anwar oh Anwar kau sekarang memang terang-terangan dah jadi talam dua muka, sapa lar yang nak percayakan kau lagi. Kau memang dah bebeza sangat dari dulu. Dulu sejuk gak tengok muka kau, nampak cam bakal perdana menteri berwawasan. Tapi sekarang, tiada seri lagi diraut wajah mu, yang tinggal hanyalah Dato Seri ja.. huhu.. Jom Enjoy..


HuDuD??

Harini aka ada terbaca satu artikel dan vidoe ni yg aku nk kongsi bersama korang. Bukanlah aku ni nk beratkan mana2 parti poltik. Tp aku cuma terkilan dengan parti politik yang bermai-main dengan hukum Islam, menunjukkan sikap acuh tak acuh sekaligus menunjukkan mereka menggunakan Islam sebagai mainan politik bukannya Islam sebagai pegangan mereka. Juga sanggup mengkafirkan rakan seagama dengan mereka hanya kerana fahaman politik semata-mata, bukanlah kerana ingin menegakkan Islam itu sendiri. Masyaallah. Mereka-mereka inilah menjadikan Islam dipandang hina dimata dunia, bukannya ingin menaikkan mana Islam di seluruh dunia. Aku disini just nak menegakkan kebenaran sahaja. Baca lihat dan fikirkanlah..

1. Selesai tiga tahun mengambil alih pemerintahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kepada rakyat bahawa kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

2. Rang Undang-Undang Jenayah Syariah II Kelantan itu kemudian dibahaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama beberapa hari dan mendapat persetujuan lebih 1/3 ahli dewan.

3. Rang undang-undang itu kemudian dibawa mengadap Sultan Kelantan untuk diperkenan dan ditandatangani. Dengan sedikit penerangan dan ceramah mengenai hukum hakam Islam iaitu hudud terkandung sebanyak 0.001 peratus dari keseluruhan syariah, lalu bersetujulah baginda Sultan Ismail Petra dan terus menurunkan tanda tangan.
Selama setahun hudud Pas diluluskan, iaitu dari tahun 1993 sehingga akhir tahun 1994, Nik Aziz Nik Mat dan wakil-wakil rakyat Pas Kelantan membuat ceramah ke seluruh negeri untuk menyatakan bahawa hukum hudud Pas perlu dilaksanakan.

4. Bagaimanapun, katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dan dengan itu keluarlah fatwa Nik Aziz menuduh orang Umno kafir kerana menolak hukum Allah.

5. Bagi Dr Mahathir, jika Pas hendak melaksanakan hudud, laksanakanlah di Kelantan iaitu negeri pimpinannya bukan di seluruh Malaysia. sebab negeri lain masih diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.

6. Dia nak buat hudud, buatlah di Kelantan. Kenapa perlu laksanakan sehingga ke negeri lain. Saya sendiri nak tengok bagaimana Nik Aziz potong tangan pencuri, sebat penzina dan merejam perogol,? kata Dr Mahathir pada tahun 1994.

7. Nik Aziz terdiam dan merasakan Pas Kelantan mula terjerat dengan tindak tanduk sendiri untuk melaksanakan hukum hudud. Dr Mahathir sudah memberi lampu hijau, malah bersedia mengambil hudud Pas untuk dilaksanakan di Malaysia jika ia berjaya membanteras kegiatan jenayah dan menepati 100 peratus syariah Allah.

8. Selepas berbincang sesama mereka, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan, Kelantan akan tetap melaksanakan hudud kerana sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan selaku ketua agama di Kelantan.

9. Dr Mahathir kata, okey... teruskan. Kita nak tengok...

10. Kemudian pada 31 Januari 1995, berlakulah persitiwa mengemparkan di Kelantan iaitu Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat) Mohamad Sabu di tangkap berkhalwat dengan seorang suri rumah yang juga isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu.

11. Ketika serbuan dibuat oleh tujuh orang Penyelia Agama ke bilik itu, Mohamad Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau (Hak Milik Kerajaan) dan pasangannya, Norma hanya tidak bertudung kepala.

12. Kedua-duanya sedang berada di atas katil. Mohamad Sabu menyandar dikepala katil, manakala Norma di kaki katil. Ditangan Norma ada sebotol kecil ubat seperti makjun. Bagaimanapun, Norma kata ubat itu ubat buasir.

13. Mengikut hudud Pas Kelantan, jika ditangkap kerana melakukan khalwat, pasangan itu boleh disebat sebanyak 80 kali sebatan. Ia sudah termaktub dan tiada maaf bagi mu.

14. Sejak 31 Januari 1995 sehingga pertengahan tahun 1999, Pas langsung tidak menyebut perkataan hudud. Mereka takut ditempelak oleh rakyat dan Umno yang sebelum ini pernah mendesak Nik Aziz menjatuhkan hukuman hudud ke atas Mohamad Sabu dan Norma.

15. Selepas empat tahun berlalu, beranggapan bahawa rakyat sudah lupa dengan kes khalwat Mohamad Sabu, maka Pas membangkitkan semula hukum hudud untuk memancing undi kerana tidak lama lagi ada pilihan raya (November 1999).

16. Rupa-rupanya, Umno dan rakyat Kelantan tidak pernah lupa walaupun empat tahun berlaku. Sebaik saja Pas menyebut perkataan hudud, maka rakyat bertanyakan Nik Aziz kenapa hudud tidak dilaksanakan ketika Mohamad Sabu ditangkap khalwat.

17. Maknanya, Nik Aziz telah mempermainkan agama Islam. Apabila penjenayah adalah di kalangan pemimpin Pas, Nik Aziz tidak mahu melaksanakan hududnya.


MeReka MemPerMainKan HuKuM HuDuD ALLAH.(klik disini)

Allah menjadikan Hukum Hudud ini sebagai jalan terakhir jika peluang yang diberi atau hukuman yang di kenakan tidak menginsafkan. Nak jalankannya bukan senang, saksi mestilah betul2 alim ulamak yang berpegang teguh pada Islam, berapa ramai sangat yang betul2 ulamak di Malaysia ni? sempatkah diorang nak kawal semua?. Dan ulamak2 ini pun taknak masuk neraka, coz kalau silap judge diakhirat sana kena la jawab. Contoh hukum potong tangan pun bukan pakai men potong ja? mesti ada saksi yang benar-benar dipercayai (alim/ulamak/yang berpegang kuat pada agama), pastu tak jatuh hukum lagi, mesti disoal siasat kenapa mencuri? lihat kondisi, dan jika benar mencuri kerana susah, bantu dia dulu, nasihat bagi peluang pekerjaan supaya dia tidak mencuri lagi. Kalau kali kedua wat lagi pasal sebab yang sama bagi amaran atau denda.. dan jika semua ini tetap tak boleh nak bantu dia barulah dijatuhkan hukum hudud. Lihatlah sungguh indah hukum Allah, dan Allah tak pernah menzalimi hamba-hambanya. Hanya hambanya sahaja yang selalu menzalimi diri sendiri .

Bukannya Tun Mahathir kita taknak jalankan Hukum Hudud di Malaysia ini, dia pun tahu bukan senang nak jalankan hukum ini, dia yang akan dipertanggungkan di akhirat kelak. Seperti kata pemikir Pas sendiri, nk jalankan Hukum Hudud, mestilah hukum-hukum Islam yang lain adalah dalam keadaan sempurna 100%. Bukan senang tu, lihat pemimpin sendiri pun takut nk jalankan hukum ni, sedangkan mereka diberi peluang menjalankan hukum ini di Kelantan. Mereka tahu berat seksanya di akhirat kelak kalau salah menjatuhkan hukuman, kerana ini hukum Allah tak boleh silap sikit pun. Jadi lihatlah rakan-rakan ku sekalian. Pas hanya menggunakan/mempermainkan Hukum Hudud ini demi kepentingan politik, dan mereka cuba menafikannya bagi mengaburi mata rakyat yang buta. Sedarlah kawanku, buka mata buka minda. Jgn tertipu lagi. Banyak lagi perkara yang perlu difikirkan untuk berdakwah dan menyelesaikan masalah akhlak sekaligus memuliakan Islam dimata dunia. InsyaAllah.