Monday, April 12, 2010

JauH TerPes0nG??


Di dalam salah satu tulisannya yang muncul di dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, Tok Guru Haji Lah menulis,

‘Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam’.

Seterusnya Tok Guru Haji Lah menambah,
"Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan."

Untuk pengetahuan umum, Institusi pondok di Kelantan telah lama menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak ada siapa berani bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah termakan budi dan bimbang tidak menerima lagi bantuan seperti mana yang dinikmati hari ini.

Alfatihah kepada Aruah "Tok Guru Haji Lah" (Gambar)
19 Mac 2008, Pasir Mas, Kelantan - Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah telah kembali ke Rahmatullah pagi itu dalam usia 74 tahun.
■ Jala

Ulamak seperti inilah yang kita cari. Berani menegakkan keAdilan demi kebaikan akidah umat Islam. Al-Fatihah. 

No comments:

Post a Comment