Monday, April 12, 2010

MuNaSaBahKaH??


Kemelut kenaikan harga barangan asasi kebelakangan ini agak memberi impak yang besar terhadap industri makanan bahkan juga industri-industri lain di negara ini. Apa yang kita tahu adakah kenaikan harga minyak memberi impak paling besar sekali kepada semua industri di negara ini, dan menyebabkan isu kenaikan harga barang.

Industri pengangkutanlah yang dikatakan paling menerima impaknya. Hasilnya kenaikan harga tiket, seperti bas dan juga kenaikan tambang teksi. Bukan industri pengangkutan sahaja yang menaikkan harga barang, tetapi industri-industri lain juga menaikkan harga barangan mereka dengan alasan kos pengangkutan yang mahal.

Tidak terfikirkah, barangan yang dibawa itu menggunakan lori, dan lori tersebut bukan membawa setin air, tapi beratus-ratus atau beribu-ribu tin air yang dibawa, dan ada juga yang membawanya bersama barangan lain. Jadi kalau korang fikir dengan logik nya setelah dibahagi-bahagi dengan muatan barangan tersebut kenaikan harga setiap barangan tersebut lebih kurang RM0.02 hingga RM0.10. Tetapi harga yang dinaikkan adalah sekitar RM0.20 hingga RM1.00 malah ada yang lebih dari itu. Tunelum kira ngan harga makanan yang kononnya naik akibat kenaikan harga minyak.

Tak mengapa lah kerana mungkin kenaikan harga minyak ketika itu menaik secara mendadak dan mengejut. Tapi yang herannya, apabila harga minyak turun baru-baru ini, takde lah pulak harga barang terutamanya makanan nak turun. Syarikat-syarikat bas mengambil alasan bahawa harga barang spare part dah naik. Alasan taknak turunkan harga barang. Jadi mereka diam seketika pasal isu kenaikan harga minyak nie. Dan ada juga yang berjanji memberi pekhidmatan yang terbaik, tapi aku tengok sama ja.

Habis kes minyak datang pulak kes harga beras ngan gula naik. Maka dengan secara automatiknya harga ayam juga nk naik. Mana boleh jadi kalau abang-abang nya dah naik harga, dia pun nak naik la jugak. Yang herannya, kalau harga minyak naik ianya boleh turun balik, tapi kalau harga barangan asasi naik, jangan haraplah nak turun balik kalau turun pun kejap je, pastu naik balik. Bukan kita tak tahu isu barangan ini naik harga telah lama berlaku dari dulu hingga sekarang.

Apa yang aku cuba cakap sekarang ini adalah bila harga barang asas contohnya gula naik 10sen-20sen sekilogram; harga secawan minuman pun naik sehingga 20sen hingga 50sen secawan malah ada yang lebih dari itu.. Alah sekilogram gula tu boleh buat berapa banyak cawan minuman?? kalau dibahagikan pun kenaikan mungkin  antaa 2sen hingga 10sen paling tinggi, tu pun kalau orang tu makan gula macam makan nasi. Memang tak munasabah langsung.

Akibatnya rakyat yang merana akibat sikap rakus para peniaga dan pengeluar barangan. Bukan kerajaan tak ambil tindakan kepada pihak-pihak pengeluar ni menaikkan harga, bila kerajaan kekang mereka dari menaikkan harga ja terus mereka boikot taknak buat keluaran. Bila kasi can lak naik gila-gila punya. Sebenarnya kerajaan sekarang ni terlalu manja sangat ngan diorang nie. Ntah-ntah ada kroni kot, kasi naik harga dapat la 10%. Hahaha.. Tapi itulah hakikatnya, kerajaan perlu mengambil langkah ni dengan tegas seperti mana semasa pemerintahan Tun.M, jika mahu rakyat terus menyokong kerajaan. Jangan fikirkan tomahan pembangkang yang tidak berasas itu, lakukan sesuatu untuk rakyat supaya rakyat tahu kerajaan sekarang masih relevan dan dapat membela nasib mereka.

Aku pernah makan satu kedai nie kat Gerik Perak. Nak kata kedai ni grand sangat, nampak macam warung kopi tepi jalan ja, layanan bagus sangat, semuanya layan diri ala-ala buffet gitu, tambah pulak cashier nya yang tak pernah senyum langsung. Apa yang amat tidak munasabah sangat tu bila aku makan nasi separuh, ayam gulai yang kecik(tupun yang last dah), ngan teh o ais. Tahu berapa aku kena? RM5.80. Memang gila. Mau tak mau aku kena bayar jugak, nanti makan benda tak redha macam lah makan benda tak halal. Tak munasabah langsung.

Mak aku pun ada bukak kedai makanan ringan, tapi kami tak penah menaikkan harga air kotak, air tin, air botol hingga sekarang.. Harga air kotak RM1.00, air tin RM1.50 dan botol RM 2.00 dan mineral botol RM1.00.. Sampai sekarang masih mendapat untung yang sama macam sebelum harga barang naik dulu walaupun harga sewa kedai telah dinaikkan oleh kerajaan Pas tempatan. Apa yang penting adalah kesetian dan kepercayaan pelanggan.

Jangan TERTIPU jika ada penjual menjual botol AIR MINUMAN pada harga lebih dari RM1.00 ini kerana modal mereka keluarkan adalah dalam RM0.20 - RM0.40 sebotol. Lain pula ngan AIR MINERAL kerana modal mereka keluarkan adalah dalam RM0.40 - RM0.60.. Mereka nk untung lebih ja..

No comments:

Post a Comment