Sunday, April 11, 2010

BaHaYa n BenCi??

Bahaya nie, page aku nie dh macam blog politik la pulak.. hahaharkz.. Xpe2.. Politik skali-skala tak salah, kena ambik tahu jugak hal yang berlaku dalam politik negara, kerana politik adalah penentu masa depan negara.. Pilihan yang betul akan membawa negara kearah kejayaan.. Bagi aku politik tidak kotor, yang mengotorkannya adalah individu-invidu yang tak bertanggungjawab ja.. Aku memang meluat kalau ada anak muda yang benci politik.. Tidakkah dia terfikir, kerana politiklah dia boleh hidup aman sentosa di bumi Malaysia nie.. Itulah anak muda sekarang yang tak pernah mengenang perit siksanya, generasi terdahulu menempuh dugaan dan cabaran hidup untuk kesenangan generasi sekarang.. Sedih aku kalau teringatkan perjuangan mereka.. Berjuang mati-matian sedangkan mereka sendiri belum tentu merasai nikmatnya dari hasil perjuangan mereka..

Al-Fatihah kepada para pejuang yang bergadai nyawa memerdekakan tanah air ini.. Malaysia Tercinta..

Lagi satu aku cukup meluat juga kalau ada anak2 muda sekarang yang benci sejarah, mereka nie seumpama membenci Mak Bapak, Nenek Moyang mereka sendiri.. Bagi aku mereka nie jenis yang tak reti berterima kasih/bersyukur keatas nikmat yang dikecapi hari ini adalah hasil dari titik peluh moyang mereka.. Mereka nie seumpama tak mau ambil kisah hal yang berlaku dalam negara sendiri, dan tak mau ambil iktibar dari org terdahulu.. Apala nak jadi ngan generasi macam nie..

Balik pasal politik ini, aku berani meluahkan kerana aku rasa ianya patut di dedahkan, dan aku takkan melebihi batasan sehingga di ban la pulok.. huhu..

No comments:

Post a Comment