Thursday, April 8, 2010

website

alhamdulillah, harini aku dapat jugak menyiapkan website Farmuza Crew. aku buat nie atas alasan berharap semangat setiakawan dan tali persahabatan tidak akan terputus.. almaklum la, pasni semua akan membawa haluan masing-masing, membawa diri masing-masing. jadi jalan yang paling senang nak mengekalkan ikatan ini adalah dengan internet, website, facebook, freindster, dan macam2 lagi. engatkah hangpa (aku wat loghat kedah) membe2 skolah, senang kah nak jumpa balik? yang dok kot kampung tu tak pa lah bleh jumpa bola balik kampung, tapi yang telah berpindah entah kemana macam mana nak jumpa balik?. huh. susahkan.

sebab tulah aku wat semua nie, aku dah dapat platform baru macam mana nak mengekalkan hubungan rakan-rakan. dulu masa aku sekolah rendah, telefon pun tak dak, konfom nak jumpa membe-membe lama susahnya. pastu sekolah menengah ada handphone, bleh la tahan, tapi ada pulak yang membe tukar no, hilang telefon dan sebagainya. lepas sekolah menengah, dah masuk kolej mula berkenalan ngan internet. dan dengan platform ini jugak lah aku masih lagi boleh berhubung ngan kawan-kawan semasa berada di kolej walaupun no depa semua dah hilang entah kemana. huhu.. memang mengagumkan.

jadi aku terfikir jalur lebar laman sesawang ni memang ada kebaikannya. dan inilah yang menyebabkan aku mempercayai platform nie.walaupun diketahui dunia tanpa sempadan ini memdedahkan kita kepada sesiapa sahaja, tapi sekurang-kurangnya kita dapat juga jumpa membe-membe lama and stay connect with them.

No comments:

Post a Comment