Friday, April 16, 2010

SiaPa YanG LebiH RaSioNaL??

Ini adalah rakaman kisah benar yang membabitkan dua sahabat; seorang penyokong kerajaan yang bekerja di sebuah syarikat akhbar yang dikuasai parti pemerintah dan seorang lagi aktivis pro-pembangkang yang bekerja di sebuah media yang menjadi lidah rasmi parti pembangkang berkenaan.

Macam biasa, setiap kali bertemu, kedua-dua sahabat ini akan berdebat. Kadangkala sampai keras kejang urat leher.

Bagaimanapun pertemuan terbaru mereka mencatatkan sejarah tersendiri. Segalanya bermula apabila sahabat yang pro-pembangkang itu menyerang akhbar tempat kerja sahabat yang seorang lagi.

"Kau orang ni dah jadi macam lembu yang dicucuk hidung. Ikut sangat telunjuk kerajaan hinggakan dah tak boleh membezakan antara yang hak dengan yang bathil. Kau orang sanggup melacurkan idealisme persuratkhabaran... bla... bla... bla... bla... bla... bla... bla,..," kata sahabat itu dengan nada marah-marah.

Sahabat yang seorang lagi membiarkan si pro-pembangkang itu terus bercakap. Maka makin bersemangatlah kawan tu. Makin kejanglah urat lehernya. Mulalah dia bercakap tentang pelacuran dalam dunia kewartawanan, tentang halal haram rezeki yang dibawa balik, tentang betapa tak rasionalnya pemerintah dan betapa zalimnya kerajaan dan bermacam-macam lagi.

Sejurus selepas suara sahabat pro-pembangkang itu mula parau, sahabat yang pro-pemerintah tadi pula bertanya dengan tenang, "Setahu engkau ada tak kawan-kawan kau yang menyokong pembangkang bekerja di syarikat tempat aku bekerja?"

"Ada, kenapa?" tanya si pro-pembangkang itu tanpa teragak-agak.

"Ya, ada dan ramai. Tetapi kau rasa-rasa kalau aku yang pro-kerajaan ini minta kerja di tempat engkau, dia orang terima ke?"

Si pro-pembangkang itu terdiam.

"Jadi rasa-rasa kau siapa yang lebih tak rasional dan siapa yang lebih zalim?"

Sahabat yang seorang lagi itu perlahan-lahan bangun...

Situasi ini bukan berlaku di media akhbar sahaja, malah ramai yang pro-pembangkang bekerja di bawah kerajaan..

No comments:

Post a Comment