Sunday, April 11, 2010

PaTutLaR..

Aku ada terjumpa artikel nie dalam page yang aku join. Betulkah kerajaan Kedah sekarang berusaha menyelesaikan isu air. Sampai sekarang kalau aku balik kampung aku, air kat rumah aku mmg perlahan, terutama di waktu malam. Huh.. Zizan oii Zizan.. mmg tak bleh blah..

BILA HUJAN KATAK PUN BERBUNYILAH..ONK ONK ONK!!!!

Artikel tak bertarikh ini aku baca pada 09/04/2010
SADA tidak ‘duduk diam’ tapi bertungkus lumus atasi masalah air
Oleh: AMELIA HASHIM

ALOR SETAR: Sebaik sahaja Syarikat Bekalan Air Darul Aman (SADA) diwujudkan pada tahun ini syarikat air itu telah berusaha mengatasi masalah air dengan perancangan terdekat menambah loji, menaiktaraf kapasiti loji yang sedia ada dan menyenaraikan paip-paip yang tidak pernah berganti sejak berpuluh-puluh tahun untuk program penggantian.

**Setelah masuk musim hujan, barulah terdengar SADA berbunyi..onk! gidi gidi gidi onk! gidi gidi gidi onk!

Demikian dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA Dato’ Adzmi Haji Din dalam temubual dengan Wartawan Warta Darul Aman.

“Dalam isu air yang digembar-gemburkan oleh media seolah-olah krisis air di Kedah sampai ke peringkat meruncing, pada hal telaga tidak kering, sungai masih ada air dan tidak ada seorangpun yang mati kekeringan malah ada beberapa penduduk yang kita senaraikan dalam kawasan pemantauan bantuan bekalan musim kemarau, mengatakan bekalan air mereka mencukupi dan tidak memerlukannya apabila lori SADA datang menghantar bekalan untuk mereka,” katanya.

**CEO Katak berbunyi seperti rakyat Kedah buta sejarah!!! Rupanya tanggungjawab dia hanya nak cerita pasal air tealaga tak kering, air sungai masih mengalir...Hah! Ini bukan cerita nak BUAT BENDANG! TAPI air nak buat MINUM! Memang tiada yang mati tubu, tetapi ramai yang mati semangat dengar alasan dangkal dari orang yang di bayar gaji berbelas ribu ringgit ni...He he he...lori SADA datang? Datang ke mana? Kampung mana? Ooo..mungkin lori SADA tu lori bawa kakitangan nak potong meter kot? Setakat kenyataan umum lagu tu, pembaca meterpun boleh jawab!

Menurutnya, tuduhan bahawa kerajaan negeri tidak menghiraukan penderitaan rakyat yang ketiadaan air di musim kemarau adalah tidak betul.

**YA lah...nampaknya rakyat dah tak betul. Kalau lagu tu nampaknya ramailah RAKYAT KEDAH yang Tak Betul, sebabtulah ramai yang dok pi cedok air di sungai-sungai. Kalau macam di Sik atau Balingatau Kulim tak palah, air sungai di sana masih lagi jernih dan selepas di masak boleh lagi paksa minum, tapi kalau ayaq sungai Alor Setar. sapa gamak?

“SADA bertungkus lumus, berkerja hingga larut malam untuk menyiapkan pelan perancangan pembangunan dan pengurusan air untuk rakyat tiba-tiba difitnah dengan pelbagai tuduhan.

**Hebat sungguh! Betungkus-lumus....tapi bertungkus lumus mencari helah memberi ALASAN!

“Usia SADA baru dua bulan dan kerajaan hari ini baru dua tahun memerintah sedang pemerintah terdahulu yang berkuasa selama berpuluh-puluh tahun mengabaikan masa depan rakyat dari segi bekalan air dengan tidak merancang pembangunan keperluan air supaya seimbang dengan pertambahan penduduk, pembangunan perumahan dan kepesatan industri,” ujar Dato’ Adzmi.

**Mak aii....Sungguh sedap mengunyah masa menelan kata...Tak kanlah rakyat Kedah begitu mudah di 'ayat' dengan kenyataan sebegitu rupa. Seingat aku yang dah lebih dari 30 tahun masuk jawi, kalau ada tempat atau kampung atau pekan waima bandar yang terputus bekalan, denga nsegera lori-lori bertangki di hantar untuk menyalur air bersih untuk di gunakan oleh penduduk yang menghadapi masaalah air bersih. SEGERA OOO!

Katanya, Kedah mempunyai paip air sepanjang 12,000 kilometer semuanya termasuk paip besar dan paip servis. 40 peratus daripadanya dimasukkan ke dalam program pegantian semula.

**Ini usaha Kerajaan Persekutuan. Hanya di salur melalui Kerajaan Negeri kerana semamangnya rakyat di dahulukan! nak harap Kerajaan PISs Negeri Kedah? Meniagapun yang asaspun rugi, nak sembang konon!

Buat masa ini, katanya, Kedah mempunyai 33 buah loji yang mampu merawat air sebanyak 493 juta meter padu setahun. Daripada jumlah itu penggunaan sebanyak 216 juta meter padu dan kerajaan kerugian sebanyak 48 peratus daripadanya kerana hilang disebabkan paip bocor, kecurian dan proses pengewapan.

**SAPA buat? SAPA usaha? Berapa banyak PISs dah keluarka nduit untuk projek asas seperti ini?

“Kemarau adalah lumrah alam dan pemberian Tuhan, kekurangan bekalan air yang berlaku adalah perkara biasa dan berlaku setiap tahun apabila tiba musim kemarau, kerana penggunaan air meningkat sebanyak 20 peratus iaitu sebanyak 0.912 meter padu sehari pada Jun tahun lalu dan meningkat kepada 1.101 meter padu sehari pada Februari tahun ini, disebabkan aktiviti menyiram pokok bunga meningkat kerana hujan tidak turun.

**Macam pernah ku dengar alasan ala-ala menanggal TEROMPAH di tangga!

“Bayangkan berapa jumlah taman-taman perumahan dan rumah-rumah di pinggir Bandar yang menggunakan air untuk menyiram pokok landskap rumah masing-masing kerana kita ada semua data-data berkenaan dan ketika ini pokok minum air lebih banyak dari manusia” katanya.

Jelasnya, ekoran peningkatan kegunaan air berlakulah gangguan bekalan air di sesetengah tempat di kawasan tanah tinggi atau penghujung sistem paip, yang menyebabkan bekalan air hanya ada di waktu malam kerana di waktu malam seluruh penggunaan air tidak aktif.

Nampaknya sebagai kesimpulan, seluruh rakyatlah yang bersalah, Syarikat Air Datuk Azizan(SADA) tak SALAH..... Err bukan setakat rakyat, pokopun bersalah hooo!!! TAKDIRpun salah hooo.....

Semuanya salah, dia je yang betul. Inikah dikatakan pemimpin Kita? ala-ala Zionis gitu.. HaHakZz!!

No comments:

Post a Comment